Harian Renminribao China menerbitkan rencana pengulas yang bertajuk "Pembangunan Masyarakat Kaya Memberi Inspirasi kepada Impian China". Rencana tersebut antara lima artikel yang diterbitkan oleh akhbar itu bermula 25 Februari lalu bagi memberikan ulasan terhadap gagasan "Empat Komprehensif" yang disampaikan oleh Presiden China, Xi Jinping. Gagasan itu melibatkan usaha yang bersifat menyeluruh untuk membangunkan masyarakat yang kaya, menaik taraf pembaharuan secara komprehensif, mentadbir negara mengikut undang-undang dan membina parti berdasarkan peraturan yang ketat."
Menurut rencana pengulas tersebut, China kini memasuki fasa akhir dalam pembangunan masyarakat yang kaya. Usaha ini merupakan langkah penting bagi mewujudkan kebangkitan bangsa China dan impian China. Dalam pada itu, masyarakat yang kaya hendaklah diwujudkan dengan melibatkan seluruh masyarakat dan segenap bidang.
Rencana tersebut menyatakan pembangunan merupakan isu asas kepada pembangunan masyarakat yang kaya secara menyeluruh. Ketika berdepan dengan tahap pembangunan yang baharu dan tahap transformasi ekonomi semasa, gagasan "Empat Keseluruhan" menyasarkan peningkatan yang menyeluruh dalam bidang ekonomi, sosial dan modal insan.