Cari:
Intensifkan Pembaharuan: Topik Utama Persidangan NPC, CPPCC 2015
2015-02-26 13:01:49 CRI Cetak

Tahun 2015 merupakan tahun yang penting bagi China mengintensifkan pembaharuan dengan menyeluruh, dan masyarakat awam telah merasakan suasana pembaharuan berkenaan melalui pelbagai langkah yang diambil kerajaan. Jadi, rakyat China menaruh harapan tinggi terhadap Persidangan Tahunan Kongres Rakyat Kebangsaan China (NPC) dan Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC) yang akan diadakan pada bulan Mac nanti.

Tinjauan menerusi laman sesawang dan media sosial utama China baru-baru ini menunjukkan ramai yang menjangka bahawa usaha mengintensifkan pembaharuan dengan menyeluruh akan menjadi topik paling penting dalam kedua-dua persidangan tersebut.

Tugas pembaharuan yang melibatkan beberapa ratus perkara yang ditetapkan dalam Sidang Pleno ke-3 Jawatankuasa Pusat ke-18 Parti Komunis China (PKC), memantau dan melaksanakan langkah-langkah pembaharuan berkenaan dan menetapkan bidang utama bagi melaksanakan pembaharuan antara isu-isu yang akan dibincangkan dalam kedua-dua sidang kali ini. Dalam pada itu, Laporan Kerja Kerajaan yang bertujuan menggariskan kerja sosioekonomi sepanjang tahun dijangka akan menekankan pembaharuan.

Memandangkan fasa, tahap dan situasi pembangunan China sekarang, negara ini semestinya mengutamakan pembangunan ekonomi, memperincikan pembaharuan dan pintu terbuka, menyelesaikan masalah-masalah dalam pembangunan sosioekonomi untuk memastikan "keajaiban China" kekal wujud. Ini merupakan persepakatan antara pucuk pimpinan dan seluruh masyarakat awam.

Presiden China dalam ucapan sempena Tahun Baharu Cina lalu menegaskan bahawa negara ini perlu menggalakkan pembangunan ekonomi dengan lebih bersungguh-sungguh serta melaksanakan pembaharuan dan dasar pintu terbuka dengan lebih tegas berdasarkan strategi membangunkan masyarakat yang kaya, mengintensifkan pembaharuan dengan menyeluruh, mentadbir negara mengikut undang-undang dan mendisiplinkan anggota PKC dengan peraturan yang ketat.

Perdana Menteri China, Li Keqiang pada awal tahun ini menyatakan bahawa pembangunan ekonomi China sekarang berada dalam situasi baharu. Kerajaan perlu menekan "butang maju pantas" bagi mengintensifkan pembaharuan dengan menyeluruh, memainkan peranan kerajaan dan juga pasaran dengan baik supaya industri tradisional dinaiktaraf dengan cepat dan tenaga produktif baharu berkembang cepat, menyeimbangkan pertumbuhan ekonomi dengan stabil dengan pengubahsuaian struktur ekonomi serta mengekalkan perkembangan ekonomi dengan kelajuan sederhana dan pesat.

Penganalisis berpendapat bahawa ketika menekan "butang maju pantas" untuk memacu pembaharuan, China juga perlu menyelaraskan dengan baik hubungan antara pembaharuan, pembangunan dan kestabilan, mengawal pembaharuan dengan baik dari segi kelajuan, tahap intensiti dan tahap menanggung tekanan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China