Cari:
Tentera Kerajaan Ukraine Tarik Balik Senjata Berat
2015-02-27 12:36:39 CRI Cetak

Tentera kerajaan Ukraine mengumumkan pihaknya telah mengundurkan senjata berat dari kawasan konflik semalam.

Menurut jurucakap tentera kerajaan, pasukan yang terlibat dalam "operasi antikeganasan" telah menarik balik meriam sekurang-kurangnya 25 kilometer dari kawasan konflik.

Jabatan Ketua Turus Pasukan Ukraine pula menyatakan pihaknya akan menarik balik meriam yang garis tengahnya di atas 100 milimeter bermula pada 26 Februari berdasarkan Perjanjian Minsk yang dicapai pada 12 Februari lalu. Di samping itu, tentera Ukraine juga menuntut pelbagai pihak melaksanakan gencatan senjata yang menyeluruh.

Dalam pada itu, menurut kumpulan militan di Ukraine, mereka telah menarik balik senjata berat secara besar-besaran bermula pada 24 Februari lalu. Setakat semalam, jumlah senjata berat yang ditarik balik mencatat 400 buah.

  

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China