Cari:
China Gubal Undang-undang Galakkan Pembaharuan
2015-02-27 15:37:51 CRI Cetak

Menurut agenda yang dicadangkan oleh Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan China (NPC), salah satu tugas penting dalam Sidang ke-3 Jawatankuasa Tetap NPC ke-12 yang akan dirasmikan pada 5 Mac nanti adalah membahaskan draf pemindaan undang-undang asas bagi mengemaskan kerja penggubalan undang-undang.

Tahun 2015 merupakan tahun pertama kerajaan China melaksanakan konsep mentadbir negara mengikut undang-undang secara komprehensif. Pengerusi Jawatankuasa Tetap NPC, Zhang Dejiang pada bulan Januari lalu pernah menyatakan bahawa pihaknya akan lebih giat menggubal undang-undang yang melibatkan bidang-bidang penting, memastikan kerja penggubalan undang-undang yang melibatkan usaha pembaharuan diselesaikan secepat mungkin, serta menyempurnakan mekanisme dan sistem penggubalan undang-undang, menggalakkan penggubalan undang-undang secara saintifik dan demokratik.

Undang-undang asas bagi penggubalan undang-undang dikuatkuasakan pada tahun 2000 dan proses pemindaan terhadapnya dimulai pada tahun 2014. Anggota Jawatankuasa Tetap NPC, Gu Shengzu menyatakan bahawa hanya dengan undang-undang yang baik barulah dapat mentadbir negara dengan baik. Walaupun undang-undang berkenaan sudah wujud, namun yang penting adalah undang-undang tersebut perlu terus disempurnakan. Jadi, pemindaan undang-undang amat diperlukan.

Menggubal undang-undang untuk menggalakkan pembaharuan merupakan tugas utama kerajaan China pada masa ini.

Presiden China, Xi Jinping dalam ucapannya sempena ulang tahun ke-60 penubuhan NPC pada bulan September 2014 menyatakan bahawa untuk mengekalkan dan menyempurnakan sistem kongres rakyat, kerja penggubalan undang-undang perlu dipertingkat dan diubahsuai agar undang-undang menjadi asas pembangunan negara. Serentak itu, usaha perlu dilakukan supaya kerja penggubalan undang-undang selaras dengan semangat Perlembagaan, mencerminkan hasrat rakyat dan mendapat sokongan rakyat.

Ketua Pengarah Jabatan Penyelidikan Suruhanjaya Hal Ehwal Perundangan Jawatankuasa Tetap NPC, Liang Ying menganggap bahawa usaha mengintensifkan pembaharuan di seluruh negara pada tahun 2014 dijalankan dalam rangka undang-undang.

Dalam pada itu, pada tahun 2014, NPC telah memberi mandat kepada Jabatan Pendakwa Rakyat Tertinggi dan Mahkamah Rakyat Tertinggi untuk terus meringkaskan prosedur pendakwaan yang ditetapkan dalam Undang-undang Tatacara Jenayah, meluluskan keputusan untuk meminda lima buah undang-undang termasuk undang-undang insurans untuk menggalakkan pembaharuan sistem pengesahan dan pengubahsuaian fungsi kerajaan. Selain itu, NPC juga telah meminda banyak undang-undang lain seperti undang-undang perlindungan alam sekitar, undang-undang keselamatan pengeluaran, undang-undang bajet dan undang-undang tatacara tadbir. Kerja perundangan ini semua berkait rapat dengan pembaharuan dan pembangunan negara serta kehidupan rakyat. Ini turut menggambarkan peranan yang dimainkan oleh kerja perundangan dalam menerajui dan mendorong pembaharuan di negara ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China