Cari:
Pentadbiran Mengikut Undang-undang Serlahkan Pentadbiran Negara
2015-02-28 15:32:18 CRI Cetak

Akhabar Harian Renminribao China hari ini mengeluarkan artikel pengulas keempat bagi memberikan ulasan terhadap gagasan "empat komprehensif" yang dikemukakan oleh Presiden China, Xi Jinping.

Artikel pengulas itu bertajuk "Pentadbiran Mengikut Undang-undang Membawa Pentadbiran Negara ke Satu Tahap yang Lebih Tinggi." Artikel itu berbunyi pembaharuan secara menyeluruh dan pentadbiran negara mengikut undang-undang bagaikan "dua sayap bagi burung" atau "dua roda bagi kereta" yang bersama-sama menerajui usaha pembangunan.

Gagasan pentadbiran negara mengikut undang-undang secara menyeluruh menegaskan bahawa "tidak wujud kuasa mutlak di luar undang-undang", di samping komited menjamin kesaksamaan dan keadian dalam kehakiman. Gagasan itu turut memberikan ruang yang lebih luas serta kandangan yang lebih kaya kepada pentadbiran negara mengikut undang-undang.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China