Cari:
AS Alu-alukan Penubuhan AIIB
2015-03-01 15:21:54 CRI Cetak

Kerajaan AS tetap mengutamakan perkembangan hubungan dengan China. Pertukaran antara pucuk pimpinan kedua-dua negara kini semakin terus terang dan langsung. Di samping itu, kedua-dua pihak bersedia menjalankan dialog yang ikhlas terhadap sesetengah isu sensitif. Demikian dinyatakan oleh Naib Setiausaha Negara AS, Wendy Sherman semalam.

Menurut beliau, AS dengan suka cita melihat China mengekalkan kestabilan dan kemakmuran. Kejayaan China bakal memberikan manfaat kepada AS. Hal ini juga sebabnya kedua-dua negara berusaha untuk mempercepat rundingan berhubung perjanjian pelaburan dua hala.

Menyentuh tentang perkembangan ekonomi di rantau Asia Pasifik, Naib Setiausaha Negara AS itu berkata, bank mutilateral memainkan peranan penting kepada pembangunan pelbagai negara Asia. AS mengalu-alukan penubuhan Bank Pelaburan Infrastruktur Asia(AIIB) yang disarankan China sekiranya ia selaras dengan piawaian institusi antarabangsa yang seumpamanya.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China