Cari:
Tomiichi Murayama: Sejarah Pencerobohan Tidak Boleh Dinafikan
2015-03-01 15:23:18 CRI Cetak

Mandan Perdana Menteri Jepun, Tomiichi Murayama semalam berkata, pemerintahan koloni dan pencerobohan Jepun terhadap Republik Korea dan China merupakan fakta sejarah yang tidak boleh dinafikan. Demikian dinyatakan oleh beliau semasa menyentuh perkataan "pemerintahan koloni dan pencerobohan" mungkin akan dipinda oleh Perdana Menteri, Shinzo Abe dalam perutusan sempena ulang tahun ke-70 berakhirnya Perang Dunia II.

Menurut Tomiichi Murayama, tindakan ini bakal menimbulkan rasa ketidakpercayaan dunia terhadap Jepun.

Tambah beliau, Jepun perlu mengakui sejarah dan memohon maaf tentang keperbuatannya bagi memperlihatkan keazaman mengekalkan jalan pembangunan secara damai. Perkara ini penting bagi memperoleh kepercayaan daripada rakyat pelbagai negara Asia.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China