Cari:
PBB Setuju Sambut Ulang Tahun Ke-70 Kemenangan Perang Dunia II
2015-03-01 15:23:54 CRI Cetak

Pelbagai negara diharapkan mengambil iktibar daripada sejarah dan bersama-sama meneliti kaedah berkesan bagi memelihara keamanan dan keselamatan antarabangsa dalam situasi semasa. Demikian dinyatakan oleh jurucakap Kementerian Luar China, Hong Lei ketika memberikan ulasan terhadap rang resolusi yang diluluskan oleh Perhimpunan Agung PBB bagi peringatan ulang tahun ke-70 kemenangan Perang Dunia II.

Jurucakap itu berkata, resolusi itu menekankan kesengsaraan teruk kepada umat manusia, khususnya rakyat di rantau Asia dan Eropah akibat Perang Dunia II, di samping memutuskan penganjuran persidangan khas bagi memperingati ulang tahun ke-70 berakhirnya perang tersebut. China berharap pelbagai pihak mengambil kesempatan ini untuk menegaskan lagi janji masing-masing terhadap prinsip Piagam PBB.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China