Cari:
20 Orang Cedera dalam Gempa Bumi di Cangyuan Yunnan
2015-03-02 13:15:54 CRI Cetak

Setakat pukul 9.00 malam tadi, gempa bumi yang berukuran 5.5 pada skala Richter yang melanda kaunti Cangyuan, bandar Lincang provinsi Yunnan telah mengakibatkan 20 orang cedera dan hampir 62 ribu orang terjejas ekoran bencana gempa bumi tersebut. Kini, pihak kerajaan dan tentera yang berjumlah kira-kira 1000 orang sedang menjalankan operasi menyelamat di kawasan tersebut.

Menurut maklumat daripada pejabat penerangan kerajaan bandar Lincang, gempa bumi tersebut berlaku pada pukul 6.24 petang semalam di kaunti dan daerah Cangyuan, Gengma, Linxiang dan Zhenkang, antaranya kaunti Cangyuan dan Gengma mengalami gegaran yang paling kuat sehingga menyebabkan kerosakan rumah yang serius di pekan Mangka dan Mengding kedua-dua kaunti tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China