Cari:
Xi Jinping Menemui Putera Wiliam
2015-03-02 14:26:55 CRI Cetak

Presiden China, Xi Jinping, telah menemui Duke Cambridge Britain, Putera William di Dewan Besar Rakyat di Beijing pagi tadi.

Xi Jinping menegaskan bahawa China dan Britain adalah negara yang mempunyai pengaruh besar di dunia. Kedua-dua negara ini mempunyai kepentingan bersama yang luas dan memikul tanggungjawab untuk menggalakkan kewujudkan kedamaian dan pembangunan dunia.

Pada ketika ini, hubungan kedua-dua pihak amat baik. Manakala, hubungan perkongsian strategik yang komprehensif China-Britain juga semakin berkembang pesat. Jumlah perdagangan dua hala telah melebihi USD 80 bilion dan Britain merupakan destinasi utama pelaburan China. Selain itu, kerjasama kedua-dua negara dalam bidang kewangan, elektrik, nuklear dan kereta api laju terus mencapai kemajuan baharu. Tahun ini adalah Tahun Pertukaran Kebudayaan China-Britain. Peningkatan pertukaran dan kerjasama kedua-dua negara akan memberi sumbangan positif kepada kemajuan dan tamadun dunia.

Putera Wiliam telah menyampaikan surat undangan Ratu Elizabeth II kepada Presiden Xi yang mengundang beliau dan menanti-nantikan kedatangan beliau ke Britain.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China