Cari:
Agenda Persidangan CPPCC Diumumkan
2015-03-02 17:13:02 CRI Cetak

Persidangan ke-3 Jawatankuasa Kebangsaan Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC) kali ke-12 telah mengadakan sidang media di Dewan Besar Rakyat di Beijing petang tadi untuk mengumumkan agenda persidangan pada kali ini.

Jurucakap CPPCC, Lv Xinhua, dalam sidang media tersebut mengumumkan Persidangan ke-3 CPPCC kali ke-12 akan dirasmikan pada pukul 3.00 petang esok di Dewan Besar Rakyat dan ditutup pada petang 13 Mac.

Menurut Lv Xinhua, agenda utama persidangan kali ini termasuklah mendengar dan membahas laporan kerja Jawatankuasa Tetap CPPCC yang dibuat oleh Pengerusi CPPCC, Yu Zhengsheng, mendengar dan membahas laporan kerja cadangan pengurusan yang dikeluarkan selepas persidangan tahun lalu berakhir hingga sekarang, turut serta dalam Persidangan ke-3 Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) kali ke-12, mendengar dan membincangkan laporan kerja kerajaan, laporan kerja Mahkamah Tinggi Rakyat dan Jabatan Pendakwa Rakyat Tertinggi serta laporan lain yang berkaitan, membahas dan meluluskan ketetapan politik Persidangan ke-3 CPPCC kali ke-12 dan laporan-laporan lain.

Dalam tempoh persidangan tersebut, CPPCC akan mengadakan sidang media sebanyak tiga kali. Pusat media persidangan itu akan menguruskan permohonan wawancara wartawan dari dalam dan luar China dengan serta-merta.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China