Cari:
Pemimpin Pelbagai Negara Berbincang Situasi Ukraine
2015-03-03 14:39:13 CRI Cetak

Setiausaha Jabatan Negara AS, John Kerry, dan Menteri Luar Rusia,Sergei Lavrov, mengadakan perbincangan mengenai situasi kawasan timur Ukraine, situasi Syria dan isu nuklear Iran di Geneva,Switzerland semalam.

Dalam perbincangan tersebut, Kerry menyatakan setakat ini, pihak berkenaan tidak melaksanakan Perjanjian Minsk secara menyeluruh, konflik serta kematian dan kecederaan di kawasan timur Ukraine masih belum dapat dihentikan. Beliau berharap agar rundingan kali ini dapat mengubah keadaan tersebut supaya perjanjian yang telah dicapai dapat dilaksanakan secara menyeluruh dengan serta-merta dan bukan beberapa hari kemudian.

Lavrov pula menyatakan pencapaian Perjanjian Minsk memperlihatkan proses damai Ukraine telah membuahkan hasil sebenar. Di bawah penyeliaan Pertubuhan Keselamatan dan Kerjasama Eropah, pelaksanaan perjanjian gencatan senjata terus diperkukuh, senjata berat diundurkan secara beransur. Sebarang percubaan untuk mengabaikan fakta itu dan masih menyeru supaya menambah bekalan senjata kepada Ukraine perlu bertanggungjawab kerana menjejaskan proses damai Ukraine.

Pada hari yang sama, pejabat Presiden Perancis mengeluarkan taklimat yang memaklumkan bahawa Presiden Perancis, François Hollande, Conselor German, Angela Merkel, Presiden Rusia, Viladimir Putin dan Presiden Ukraine, Petro Poroshen telah mengadakan rundingan melalui telefon mengenai pelaksanaan Perjanjian Minsk.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China