Cari:
Persidangan ke-3 CPPCC ke-12 di Beijing
2015-03-04 11:42:29 CRI Cetak

Persidangan Kebangsaan ke-3 Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC) kali ke-12 dirasmikan di Beijing petang semalam. Dalam tempoh 10 hari akan datang, lebih 2100 orang anggota CPPCC akan memberikan pandangan dan cadangan mengenai usaha membangunkan masyarakat kaya, memperkasakan pembaharuan secara komprehensif, mentadbir negara mengikut undang-undang dan mendisiplinkan anggota Parti Komunis China (PKC) dengan peraturan yang ketat.

Pemimpin negara dan PKC termasuk Xi Jinping, Li Keqiang dan Zhang Dejiang telah menghadiri majlis perasmian persidangan tersebut. Pengerusi CPPCC,Yu Zhengsheng yang mewakili Jawatankuasa Tetap CPPCC telah membentangkan laporan kerja pada tahun lalu dan rancangan kerja pada tahun ini serta peranan penting CPPCC dalam membangunkan demokrasi secara berunding.

Yu Zhengsheng menyatakan bahawa antara peranan CPPCC pada tahun ini adalah menjalankan tugas berdasarkan empat bidang, iaitu mengambil langkah baharu untuk meningkatkan demokrasi secara berunding dan penyeliaan demokrasi, berusaha mencapai kemajuan dalam bidang pembinaan sistem, berusaha memperkukuh perpaduan masyarakat dan meningkatkan kemampuan bekerja untuk memajukan kerjaya CPPCC.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China