Cari:
Persidangan ke-3 NPC ke-12 Bakal Berlangsung dengan Agenda Lapan Perkara
2015-03-04 15:06:56 CRI Cetak

Jurucakap Persidangan ke-3 Kongres Kebangsaan Rakyat China (NPC) ke-12, Fu Ying, dalam sidang media pagi tadi mengemukakan agenda persidangan NPC kali ini. Menurut beliau, persidangan kali ini bermula secara rasmi pada 5 Mac dan ditutup pada sebelah pagi 15 Mac. Tempoh persidangan pada kali ini lebih panjang berbanding dengan tahun lalu, oleh itu para peserta dapat membahas draf belanjawan dan draf pemindaan perundangan.

Agenda persidangan pada kali ini akan berlangsung dengan lapan perkara yang dibahagikan kepada empat bahagian, pertama, mendengar dan membahas laporan kerja kerajaan, rancangan dan belanjawan; kedua, mendengar dan membahas laporan kerja Jawatankuasa Tetap NPC, membahas draf pemindaan perundangan; ketiga, mendengar dan membahas laporan kerja Mahkamah Tinggi Rakyat dan Jabatan Pendakwa Tinggi Rakyat dan keempat, kajian semula persidangan, membahas pelbagai draf dan agenda dan menyerahkannya kepada persidangan untuk diundi. Akhirnya, majlis penutupan diadakan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China