Persidangan Tahunan Kongres Rakyat Kebangsaan China (NPC) akan dirasmikan di Beijing esok, sebanyak lebih 2000 wakil yang membawa hasrat rakyat dari pelbagai tempat negara ini akan berkumpul di Beijing untuk membincangkan isu pembangunan negara.
Sidang media kali pertama Persidangan ke-3 NPC ke-12 yang diadakan di Dewan Besar Rakyat di Beijing pagi tadi telah menarik perhatian para wartawan dari dalam dan luar China. Menurut jurucakap persidangan kali ini, Fu Ying, antara isu yang diberikan perhatian termasuklah pemindaan Perundangan, usaha antirasuah, perlindungan alam sekitar, belanjawan pertahanan negara, langkah mengintensifkan pembaharuan, dan sebagainya.