Cari:
CPPCC Perkasakan "Empat Komprehensif"
2015-03-04 14:39:22 CRI Cetak

Sidang ke-3 Jawatankuasa Kebangsaan ke-12 Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC) dirasmikan di Beijing petang semalam. Pemimpin negara termasuk Xi Jinping, Li Keqiang dan Yu Zhengsheng menghadiri upacara perasmian tersebut. Persidangan ke-3 Kongres Rakyat Kebangsaan ke-12 China (NPC) akan dirasmikan esok.

Tahun 2015 merupakan tahun yang amat penting untuk memperkasakan pembaharuan secara komprehensif, serta tahun pertama bagi meningkatkan usaha dalam pelaksanaan pentadbiran negara mengikut undang-undang. Selain itu, tahun ini merupakan tahun terakhir bagi Rancangan Lima Tahun ke-12.

Presiden Xi Jinping ketika menyambut tahun baharu telah menegaskan lagi gagasan "Empat Komprehensif", iaitu membina secara komprehensif masyarakat kaya, memperkasakan pembaharuan secara komprehensif, melaksanakan secara komprehensif pentadbiran negara mengikut undang-undang serta mengawal disiplin Parti Komunis China (PKC) dengan peraturan ketat.

Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan CPPCC, Yu Zhengsheng ketika membuat laporan kerja semalam telah membentangkan tugas CPPCC pada tahun ini. Menurutnya, kerja CPPCC perlu memperkasakan "Empat Komprehensif".

Dalam tempoh berlangsungnya kedua-dua persidangan tersebut selama 10 hari, lebih 2,000 orang anggota CPPCC dan hampir 3,000 orang wakil NPC akan bersama-sama mengintensifkan pelbagai langkah pembaharuan dan mengemukakan cadangan bagi pembangunan ekonomi secara sihat dan stabil.

Laporan kerja CPPCC tahun ini memberikan perhatian yang tinggi tentang pembinaan PKC yang bersih serta perjuangan antirasuah. Anggota CPPCC merangkap Naib Pengerusi Persatuan Perantau China, Zhu Yilong berkata, langkah tersebut memperlihatkan usaha dan keazaman PKC untuk membanteras rasuah.

Jawatankuasa Pusat PKC baru mengedarkan cadangan untuk meningkatkan pembangunan demokrasi sosialis pada bulan lalu. Cadangan tersebut merupakan dokumen dasar pertama dalam sejarah PKC mengenai demokrasi secara berunding.

Pengerusi Yu menyatakan, perpaduan dan demokrasi menjadi dua topik utama bagi kerja CPPCC. Pihaknya akan mengemukakan cadangan berkaitan dengan pembangunan dan pembaharuan negara serta pelaksanaan pentadbiran negara mengikut undang-undang. Beliau dalam laporan kerja telah membentangkan bagaimana CPPCC memainkan peranan yang penting dalam pembangunan demokrasi berunding sosialis.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China