Cari:
AS, Iran Masih Bertelingkah dalam Isu Nuklear Iran
2015-03-05 10:20:50 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Setiausaha Negara AS, John Kerry, dan Menteri Luar Iran, Javad Zarif, semalam mengakhiri rundingan tertutup selama tiga hari berhubung dengan isu nuklear Iran di Montreux, Swissland. Kedua-dua pihak masih bertelingkah tentang isu tersebut.

Selepas rundingan tersebut berakhir, Kerry memberitahu wartawan, meskipun rundingan dua hala telah mencapai beberapa kemajuan, tetapi masih wujud percanggahan pendapat yang ketara. Beliau menegaskan rundingan tersebut bertujuan untuk mencapai satu perjanjian yang "boleh mendapat keyakinan pakar nuklear antarabangsa, kerajaan negara lain, parlimen dan rakyat AS serta rantau negara yang berkenaan. Manakala, Zarif menyatakan bahawa negara Barat mesti membuat pilihan antara mencapai perjanjian dengan meneruskan sekatan ke atas Iran. Jika mahu mencapai perjanjian berkenaan, AS tidak patut mengekalkan sekatan terhadap Iran.

Enam negara yang terlibat dengan isu nuklear Iran (AS, Britain, Perancis, Rusia, China dan Jerman) dijadualkan mengadakan rundingan mengenai isu nuklear Iran pusingan baharu di Montreux pada 5 Mac ini untuk menggalakkan perjanjian dapat dicapai secara menyeluruh.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China