Stesen angkasa lepas China akan mulai dibina pada tahun 2018 dan stesen tersebut dijangka akan siap dibina menjelang tahun 2022. Berita ini didedahkan oleh Zhang Bainan, wakil Kongres Kebangsaan Rakyat China (NPC) yang juga ketua pereka bentuk kapal angkasa lepas yang bakal dilancarkan itu.
Ketika diwawancara wartawan semalam, Zhang Bainan menyatakan bahawa pangkalan angkasa lepas yang sedang dikaji dan dibina terdiri daripada kombinasi beberapa bahagian ragam kendali untuk memenuhi pelbagai eksperimen ahli sains China dan asing yang bekerja bersama-sama.