Cari:
Rundingan Pusingan Baharu Isu Nuklear Iran Diadakan
2015-03-06 12:59:33 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Enam negara dalam isu nuklear Iran (AS, Britain, Perancis, Rusia, China dan Jerman) termasuk wakil perunding Iran mengadakan rundingan pusingan baharu berhubung dengan isu nuklear Iran di Montreux, Swissland. Rundingan kali ini diharap dapat mencapai perjanjian secara komprehensif.

Ketua Pengarah Bahagian Kawalan Ketenteraan Kementerian Luar China, Wang Qun, yang menghadiri rundingan ini berkata, suasana rundingan kali ini baik. Pelbagai pihak yang terlibat bertukar-tukar pendapat mengenai isu-isu yang belum diselesaikan. Pelbagai pihak diharap dapat mengambil peluang tersebut untuk meningkatkan kesalingpercayaan dan mengurangkan jurang perbezaan pendapat, sekali gus mencapai perjanjian secara komprehensif melalui situasi menang-menang.

Pelbagai pihak yang terlibat telah bersetuju untuk mengadakan rundingan pusingan seterusnya pada pertengahan bulan Mac ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China