Cari:
"Persepakatan 1992" Penting kepada Perkembangan Hubungan Tanah Besar dan Taiwan
2015-03-06 12:13:09 CRI Cetak

Presiden China, Xi Jinping, mengeluarkan ucapan penting mengenai isu Taiwan di Beijing kelmarin. Menurut pakar yang menyelidik hubungan Tanah Besar-Taiwan, Presiden Xi menegaskan Persepakatan 1992 memainkan peranan yang tidak dapat digantikan dalam mengembangkan hubungan kedua-dua pantai Selat Taiwan mempunyai makna penting pada saat perkembangan hubungan Tanah Besar-Taiwan menghadapi kesukaran.

Ketua Institusi Penyelidikan Taiwan Akademi Sains Sosial China, Zhou Zhihuai menyatakan bahawa ucapan Xi Jinping memberikan isyarat yang jelas kepada semua parti di Taiwan, tidak kira parti kerajaan atau pembangkang, asal saja mereka mengekalkan "Persepakatan 1992" dan mengakui Tanah Besar dan Taiwan adalah sebahagian negara China, halangan pertukaran lawatan antara kedua-dua pihak tidak wujud.

Oleh itu, Xi Jinping dalam ucapannya juga mengeluarkan amaran keras kepada kumpulan yang cuba mewujudkan kemerdekaan Taiwan. Xin Jinping menegaskan kumpulan tersebut merupakan halangan yang paling besar bagi mengembangkan hubungan Tanah Besar-Taiwan secara damai dan juga ancaman besar kepada kestabilan situasi Selat Taiwan. Presiden Xi menyatakan perlu sentiasa berwaspada bagi mengelakkan kegiatan kumpulan tersebut daripada berulang.

 

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China