Cari:
Media AS Tumpukan Perhatian kepada Laporan Kerja Kerajaan China
2015-03-06 12:44:21 CRI Cetak

Perdana Menteri China, Li Keqiang, telah membentangkan laporan kerja kerajaan China dalam Persidangan ke-3 Kongres Rakyat Kebangsaan China (NPC) ke-12 di Beijing semalam. Media arus perdana AS telah membuat liputan mengenai perkara tersebut dan menganggap pertumbuhan ekonomi China yang dijangka menurun 7% merupakan angka terendah dalam tempoh 15 tahun yang lalu. Situasi ini menandakan ekonomi China memasuki fasa baharu dengan kadar pertumbuhan yang rendah, namun kerajaan China akan lebih berusaha untuk meningkatkan kualiti pertumbuhan ekonomi.

The Wall Street Journal melaporkan bahawa apa-apa strategi ekonomi yang dipilih oleh pemimpin China akan memberikan impak yang berbeza kepada pola ekonomi dunia. Jika pemimpin China mengejar pertumbuhan ekonomi pesat dalam jangka masa pendek, hal ini tentu akan menggalakkan pertumbuhan ekonomi dunia sekarang, tetapi ini juga akan menimbulkan keraguan negara lain terhadap China sama ada dapat menjadi enjin pertumbuhan ekonomi dunia dalam jangka masa panjang atau tidak.

New York Times memberikan perhatian kepada laporan mengenai China akan menyediakan sebanyak 10 juta peluang pekerjaan dan membina rumah kos rendah sebanyak 7.4 juta unit, dan menganggap laporan itu memberikan tumpuan yang amat besar kepada perkembangan syarikat swasta dan peningkatan penggunaan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China