Cari:
China Tolak Tuntutan Jepun Yang Tidak Munasabah
2015-03-06 14:31:24 CRI Cetak

China tidak menerima bantahan dan tuntutan Jepun mengenai membatalkan laman sesawang Pulau Diaoyu China edisi bahasa Inggeris dan Jepun. China sekali lagi menggesa Jepun merujuk kepada sejarah dan menghormati fakta.

Demikian kata Jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying, di Beijing semalam sebagai respons terhadap bantahan yang dikemukakan Setiausaha Kabinet Jepun, Suga Yoshihide kelmarin.

Suga Yoshihide turut menyatakan pihak Jepun tidak menerima pandangan China mengenai China menemukan, menamakan dan meneroka Pulau Diaoyu terlebih dahulu.

Ketika memberikan ulasan kepada wartawan berhubungan dengan hal tersebut, Hua Chunying menyatakan pulau Diaoyu dan pulau-pulau di sekitarnya adalah wilayah China sejak zaman kuno, dan ini berdasarkan catatan sejarah dan undang-undang. Fakta ini tidak kira diterima atau tidak oleh Jepun sememangnya adalah fakta yang tidak boleh diubah.

Laman sesawang tersebut dilancarkan pada 30 Disember tahun 2014, iaitu http://www.diaoyudao.org.cn/en dan http://www.diaoyudao.org.Cn/jp

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China