Cari:
China Gesa Krisis Ukraine Diselesaikan Melalui Saluran Politik
2015-03-07 15:47:22 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Masyarakat antarabangsa digesa meningkatkan usaha diplomasi untuk menggalakan krisis Ukraine diselesaikan melalui saluran politik.

Timbalan Wakil Tetap China ke PBB, Wang Min berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dalam mesyuarat berhubung situasi Ukraine yang diadakan Majlis Keselamatan PBB pada 6 Mac lalu.

Wang berkata, kebelakangan ini, situasi agak stabil pada Keseluruhannya di timur Ukraine, genjatan senjata juga dikekalkan pada ketika ini. Manakala, pelaksanaan persepakatan yang dicapai oleh pemimpin Rusia, Perancis, Jerman dan Ukraine pada 12 Februari lalu di Minsk adalah paling mustahak pada masa ini.

Beliau menyatakan, China bersikap objektif dan adil dalam isu Ukraine dan menyokong Perjanjian Minsk yang dicapai pempimpin keempat-empat negara tersebut. China bersedia terus memainkan peranan yang membina bagi penyelesaian isu Ukraine melalui saluran politik.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China