Cari:
Pemimpin China Sertai Perbincangan dan Pembahasan Persidangan Tahunan NPC dan CPPCC
2015-03-07 14:41:04 CRI Cetak

Pemimpin China telah menyertai perbincangan dan pembahasan Persidangan ke-3 Kongres Rakyat Kebangsaan China (NPC) ke-12 dan Persidangan ke-3 Majlis Mesyuarat Politik Rakyat Kebangsaan China (CPPCC) ke-12 di Beijing pagi semalam.

Presiden China, Xi Jinping ketika menyertai perbincangan wakil-wakil delegasi provinsi Jiangxi menyatakan bahawa kerajaan perlu berusaha mempercepat pembangunan kawasan-kawasan yang pernah menjadi pangkalan revolusi Parti Komunis China(PKC) sebelum Republik Rakyat China ditubuhkan, supaya penduduk tempatan bersama-sama dengan penduduk di kawasan lain berkongsi hasil pembangunan masyarrakat kaya dengan menyeluruh, selain perlu berusaha melindungi ekologi. Di samping itu, PKC perlu mendisiplinkan anggota parti dengan ketat dan melarang tingkah laku yang tidak elok agar mewujudkan suasana pemerintahan yang bersih.

Perdana Menteri China, Li Keqiang ketika menyertai pembahasan wakil-wakil delegasi provinsi Shandong menyatakan bahawa sasaran yang perlu dikekalkan adalah mendorong pertumbuhan ekonomi dengan kadar sederhana dan tinggi, serentak itu berusaha meningkatkan kualiti ekonomi ke tahap sederhana dan tinggi. Selain itu, kerajaan perlu menggalakan keusahawanan di kalangan masyarakat, menambah komoditi awam dan pembekalan perkhidmatan awam.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China