Cari:
Peranan Guangxi dalam Kerjasama China-ASEAN Jadi Fokus Persidangan NPC
2015-03-07 15:15:24 CRI Cetak

Delegasi Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi China yang menyertai Persidangan ke-3 Kongres Rakyat Kebangsaan China (NPC) ke-12 telah mengadakan mesyuarat pleno di Visma Guangxi Beijing pagi semalam untuk membahas laporan kerja kerajaan yang dibentangkan Perdana Menteri, Li Keqiang.

Mesyuarat tersebut terbuka kepada media dan turut menarik hampir 100 orang wartawan daripada lebih 40 buah badan media dalam dan luar China termasuk Bernama dan The Star Malaysia serta Agensi Berita Vietnam. Peranan Guangxi dalam pertukaran dan kerjasama China-ASEAN menjadi tumpuan media.

Naib Pengerusi Wilayah Guangxi, Li Kang ketika menjawab pertanyaan wartawan menyatakan bahawa Guangxi merupakan kawasan dan platform penting bagi menjalankan pertukaran ekonomi dan kebudayaan antara China dengan ASEAN. Dalam persidangan tahun ini, ada wakil dari Guangxi mencadangkan untuk membina universiti bersama China-ASEAN bagi memperkasa kerjasama kebudayaan kedua-dua pihak.

Ketua Pengarah Jabatan Pembaharuan dan Pembangunan Guangxi, Huang Fangfang menyatakan bahawa Guangxi akan menggalakkan projek kesalinghubungan China-ASEAN dan kerjasama dalam bidang perdagangan, kewangan, interaksi sosiobudaya, perlindungan ekologi, perdagangan maritim, pertahanan maritim dan mekanisme kerjasama. Selain itu, pembangunan Jalur Ekonomi Laluan Sutera dan Laluan Sutera Maritim Abad ke-21 (OBAOR) akan digalakkan dengan menggunakan platform Ekspo China-ASEAN dan Sidang Kemuncak Urus Niaga dan Pelaburan China-ASEAN.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China