Cari:
Gao Hucheng: Galakkan Rundingan Penaiktarafan CAFTA Tugas Utama 2015
2015-03-07 15:27:53 CRI Cetak

Rundingan mengenai penaiktarafan Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN(CAFTA) merupakan tugas utama dalam usaha pembinaan kawasan perdagangan bebas pada tahun ini. Demikian kata Menteri Perdagangan China, Gao Hucheng dalam sidang media Persidangan ke-3 Kongres Rakyat Kebangsaan China (NPC) ke-12 di Beijing hari ini.

Gao Hucheng menyatakan bahawa China membina jaringan kawasan perdagangan bebas yang berstandard tinggi dengan pelbagai negara di dunia berdasarkan negara-negara jiran dan negara dan kawasan yang terlibat dalam pembangunan Jalur Ekonomi Laluan Sutera dan Laluan Sutera Maritim Abad ke-21 (OBAOR). Selain rundingan penaiktarafan CAFTA, China juga mengadakan rundingan dengan negara dan kawasan di Asia Selatan, Asia Tengah, Afrika, Amarika Latin dan Eropah. Rundingan tersebut ada yang sedang dijalankan dan ada juga yang masih dalam tempoh perbincangan.

Setakat ini, China telah menandatangani perjanjian perdagangan bebas dengan lebih 20 negara dan kawasan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China