Cari:
Majlis Keselamatan PBB Kecam Keras Penggunaan Senjata Kimia Beracun di Syria
2015-03-07 16:05:36 CRI Cetak

Majlis Keselamatan PBB meluluskan resolusi No.2209 semalam yang mengecam keras penggunaan senjata kimia beracun di wilayah Syria dan menuntut supaya perlakuan itu disiasat dan didakwa.

Dalam resolusi itu, Majlis Keselamatan PBB menegaskan lagi sebarang pihak di Syria dilarang menggunakan, menyelidik, mengeluarkan, memperoleh, menyimpan atau memindahkan senjata kimia.

Timbalan Wakil Tetap China ke PBB, Wang Min menyatakan bahawa China berpendirian tegas dalam menentang penggunaan senjata kimia dalam apa jua keadaan, menyokong usaha bersama pelbagai pihak untuk melaksanakan resolusi dan ketetapan mengenai isu senjata kimia Syria yang diluluskan Pertubuhan Larangan Senjata Kimia dan Majlis Keselamatan PBB. Wang Min menyatakan bahawa China berharap resolusi No.2209 dapat membantu mengukuhkan persepakatan Majlis Keselamatan PBB mengenai senjata kimia Syria dan mendorong pemusnahan senjata kimia Syria diselesaikan dengan secepat mungkin.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China