Cari:
Iran: Kebuntuan Teknikal Rundingan Isu Nuklear Telah Dipecahkan
2015-03-08 16:17:41 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Kebuntuan teknikal rundingan berhubung isu nuklear Iran telah dipecahkan. Demikian dinyatakan oleh Timbalan Presiden Iran merangkap Pengerusi Agensi Tenaga Atom Iran, Ali-Akbar Salehi di Teheran semalam.

Salehi berkata, Iran telah mencapai kemajuan dalam isu pengayaan uranium dan reaktor air berat Arak, dan boleh menghapuskan kebimbangan pihak yang terlibat dengan menggunakan cadangan teknikal. Dua kali rundingan berhubung isu nuklear Iran yang diadakan di Montreux, Switzerland pada awal bulan ini telah menyelesaikan kebuntuan teknikal.

Pada hari yang sama, Setiausaha Negara AS, John Kerry menyatakan bahawa Iran perlu membuktikan kepada dunia bahawa negaranya tidak membangunkan senjata nuklear. AS tidak mahu mencapai perjanjian berhubung isu nuklear Iran secara tergesa-gesa dengan Iran, sebaliknya AS memerlukan sebuah perjanjian yang sempurna.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China