Cari:
Usaha Diplomasi China Tumpu Pembangunan OBAOR dan Pewujudan Kedamaian dan Perkembangan Pada 2015
2015-03-08 14:41:25 CRI Cetak

Menteri Luar China, Wang Yi menyatakan bahawa usaha diplomasi China pada tahun 2015 akan tumpu kepada pembangunan Jalur Ekonomi Laluan Sutera dan Laluan Sutera Maritim Abad ke-21 (OBAOR) dan pewujudan kedamaian dan perkembangan.

Demikian kata Menteri Luar China Wang Yi ketika menjawab pertanyaan wartawan dalam sidang media bagi Persidangan ke-3 Kongres Kebangsaan China(NPC) ke-12 pagi tadi.

Menurut Wang, China amat berhasil dalam usaha diplomasi pada tahun 2014. Atas pimpinan Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China yang diketuai Xi Jinping, China berjaya mengadakan Sidang Kemuncak ke-4 Persidangan mengenai Interaksi dan Langkah Membina Keyakinan di Asia (CICA) Shanghai dan Persidangn Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) di Beijing. China juga menyertai usaha untuk menyelesaikan isu semasa yang menjadi tumpuan dunia dan turut memainkan peranan China dalam urusan antarabangsa dan serantau.

Wang Yi menyatakan bahawa China telah berusaha memperluas kerjasama dengan luar, inisiatif pembangunan OBAOR telah mendapat sokongan yang luas. China komited akan membina hubungan antarabangsa jenis baharu berdasarkan kerjasama dan pewujudan situasi menang-menang.

Ketika membicarakan usaha diplomasi China pada 2015, Wang Yi menyatakan bahawa China akan mengekalkan trend yang baik sekarang, mengembangkan hubungan diplomatik dengan pelbagai pihak, memelihara dengan tegas kepentingan negara sendiri di samping memperluas kepentingan bersama dengan negara lain.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China