Cari:
Wang Yi: Kami Sentiasa di Sisi Ahli Keluarga Penumpang Pesawat MH370 yang Hilang
2015-03-08 15:08:31 CRI Cetak

Pesawat MH370 Malaysia Airlines (MAS) hilang pada hari ini tahun lepas dan masih belum ditemukan sehingga sekarang. Bagaimanapun, operasi pencarian tetap diteruskan. Demikian dikatakan Menteri Luar China, Wang Yi pada permulaan sidang media Persidangan ke-3 Kongres Rakyat Kebangsaan China ke-12 mengenai dasar luar dan hubungan diplomatik China di Beijing pagi tadi.

Wang Yi menyatakan bahawa hari ini amat sedih bagi ahli keluarga penumpang pesawat MH370 itu, pihaknya sentiasa berada di sisi mereka. Kerja pembayaran pempasan MAS telah bermula, Kementerian Luar China bersedia memberi perkhimatan yang diperlukan kepada setiap ahli keluarga, membantu mereka memelihara hak dan kepentingan yang sah dan adil.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China