Cari:
Wang Yi: China Berhak Terokai Pulau dan Terumbu Karang yang Dimiliki Sendiri
2015-03-08 15:31:07 CRI Cetak

Menteri Luar China, Wang Yi menyatakan bahawa China melakukan pembinaan di pulau dan terumbu karang yang dimiliki sendiri. Tindakan ini tidak menyasarkan dan menjejaskan mana-mana pihak. China berhak mengambil tindakan yang sah dan rasional.

Dalam sidang media Persidangan ke-3 Kongres Kebangsaan China (NPC) ke-12 di Beijing pagi tadi, Wang Yi menyatakan bahawa China akan terus memelihara kebebasan pelayaran di Laut China Selatan, komited kepada penyelesaian perselisihan secara damai melalui dialog dan perbincangan langsung, dan terus memainkan peranan yang bersifat membina dalam memelihara kedamaian dan kestabilan serantau.

Beliau menegaskan bahawa dasar luar China terhadap negara jiran dilaksanakan berdasarkan konsep keakraban, keikhlasan, saling menguntungkan dan toleransi. Dasar yang bertujuan untuk menjaga hubungan persahabatan dan kejiranan serta mewujudkan keamanan dan kemakmuran negara-negara jiran ini tidak akan berubah.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China