Cari:
Ekonomi China Dapat Capai Kemajuan Baharu dalam Situasi Baharu
2015-03-09 15:30:10 CRI Cetak

Perdana Menteri China, Li Keqiang dalam majlis perasmian Sidang Tahunan Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) ke-12 mengumumkan bahawa China menurunkan sasaran pertumbuhan ekonomi kepada kira-kira 7% pada tahun ini. Tindakan ini menimbulkan kebimbangan sesetengah pelabur terhadap prospek pertumbuhan ekonomi China.

Kebimbangan ini adalah munasabah. Selepas mengalami penurunan selama empat tahun berturut-turut, kadar pertumbuhan ekonomi China pada tahun 2014 mencatat 7.4%, iaitu kadar paling rendah dalam tempoh 24 tahun lalu. Dalam masa empat bulan lalu, bank pusat China dua kali menurunkan kadar faedah simpanan dan satu kali menurunkan nisbah rizab berkanun. Tindakan ini mencerminkan tekanan yang dihadapi oleh ekonomi China.

Namun, di sesetengah kawasan di pantai timur China, keadaan yang sama sekali berlainan dapat disaksikan. Beberapa industri meleset telah mencapai perkembangan besar melalui inovasi, manakala beberapa industri tradisional yang memanfaatkan teknologi baharu seperti internet pula telah menyambut ketibaan zaman keemasan.

Menurut anggota Jawatankuasa Kebangsaan Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC) yang juga Ketua Pengarah Pusat Kajian Pembangunan Delta Sungai Yangtze Universiti Nanjing, Liu Zhibiao, tindakan memperlahankan pertumbuhan memberikan ruang kepada transformasi ekonomi, meningkatkan sumbangan sains dan teknologi terhadap ekonomi, memperbaiki nisbah industri strategik baharu dan industri perkhidmatan, sekali gus mengukuhkan kemampuan China untuk menghadapi risiko kewangan.

Walaupun nilai tambah industri yang melebihi skala pada tahun lalu menurun 8.3% berbanding tahun sebelumnya, namun industri pengeluaran berteknologi tinggi meningkat 12.3%. Pelaburan dalam sektor penyelidikan dan pembangunan (R&D) menduduki 2.1% daripada KDNK pada tahun lalu, antaranya, nisbah ini mencatat 2.52% di provinsi Jiangsu dan 3.6% di bandar Shanghai. Nisbah di beberapa provinsi di China ini telah mencapai atau melebihi tahap di negara maju.

PM Li dalam laporan kerja kerajaan menyatakan bahawa kerajaan pelbagai peringkat perlu memudahkan prosedur pentadbiran dan mengubah fungsi supaya memberi kemudahan kepada syarikat dan mewujudkan persekitaran persaingan yang adil.

Para perwakilan NPC dan anggota CPPCC berpendapat bahawa dengan pelaburan yang berterusan dalam sektor inovasi serta tindakan kerajaan memudahkan prosedur pentadbiran, ekonomi China tentu akan mencapai kemajuan yang baharu dalam situasi yang baharu ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China