Cari:
Iran Nafi Kerah Tentera ke Iraq
2015-03-09 16:45:41 CRI Cetak
Iran tidak mengerah pasukannya ke Iraq untuk memerangi kumpulan militan Negara Islam (IS), biarpun keadaan semasa di negara jiran bersangkut paut dengan keselamatan negara itu.

Ketua Turus Angkatan Tentera Iran, Jeneral Hassan Firouzabadi, dalam satu upacara ketenteraan semalam berkata, hal-ehwal Asia Barat tidak akan dapat diselesaikan secara tuntas tanpa penglibatan Iran. Meskipun begitu, pasukan tentera negara itu tidak pernah dikerah ke Iraq. Anggota tentera Iran yang kini bertugas di Iraq hanya berperanan sebagai penasihat bagi membantu negara itu memerangi kumpulan militan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China