Cari:
Jepun Digesa Selesai Isu Hamba Seks
2015-03-10 16:18:16 CRI Cetak

Canselor Jerman, Angela Merkel, menggesa Jepun menangani masalah sejarah dengan tepat termasuk isu hamba seks.

Gesaan tersebut dibuat oleh beliau ketika mengadakan rundingan dengan Katsuya Okada, wakil dari Parti Demokratik, iaitu parti pembangkang utama di Jepun hari ini.

Dilaporkan, rundingan yang berlangsung selama kira-kira 40 minit itu tertumpu pada masalah sejarah. Ketika menyentuh isu hamba seks, Merkel menganggap penyelesaian masalah tersebut adalah sangat penting bagi Jepun dan negara jiran untuk mewujudkan perdamaian.

Dalam pada itu, Okada pula berharap agar kerajaan Jepun dapat menimba pengalaman daripada Jerman yang mencapai perdamaian dengan negara jiran selepas Perang Dunia II.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China