Cari:
Jepun Digesa Terima Sejarah
2015-03-11 14:29:39 CRI Cetak

Kerajaan Republik Korea (RoK) semalam menyatakan hanya dengan keberanian untuk menerima sejarah, barulah Jepun akan memperoleh semula kepercayaan daripada negara-negara jirannya.

Jurucakap Kementerian Luar RoK, Noh Kwang-il, berkata demikian dalam sidang media semalam mengenai penyataan Canselor Jerman, Angela Merkel, yang melawat ke Jepun pada Isnin lalu menekankan pentingnya negara itu melihat sejarah dengan tepat.

Noh berkata, sikap Jerman menerima dan merenung kembali sejarah merupakan prasyarat untuk mewujudkan perdamaian dan kerjasama dengan negara-negara jiran di Eropah. Kerajaan RoK berharap agar Jepun berani menerima hakikat sejarah dan berusaha mengatasi masalah berkenaan hingga diterima semula oleh negara jiran dan masyarakat antarabangsa.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China