Strategi "empat komprehensif" yang diketengahkan Presiden Xi Jinping kini merupakan antara carian paling tinggi di laman enjin pencari Baidu.com di China.
Sebelum ini, akhbar Singapura Lianhe Zaobao melaporkan, "empat komprehensif" akan menjadi intipati dalam sesi Persidangan Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) dan Majlis Permesyuaratan Politik Rakyat China (CPPCC) tahun ini. Berbanding dengan konsep-konsep yang disyorkan dahulu, seperti "Impian China" dan "transformasi ekonomi", "empat komprehensif" menentukan hala tuju pembangunan strategik, sekali gus memperlihatkan prestasi Presiden Xi dalam penggal perkhidmatannya.