Menurut laman web akhbar Singapura Lianhe Zaobao, Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan China akan membuat pindaan terhadap beberapa undang-undang termasuk Undang-undang Pemilihan, Undang-undang Antikeganasan, dan lain-lain.
Dilaporkan pindaan terhadap Undang-undang Legislasi mendapat perhatian kerana pindaan tersebut adalah yang pertama kali dibuat
dalam tempoh 15 tahun lalu. Draf pindaan berkenaan sedang dibahaskan dan akan diundi pada 15 Mac nanti.