Cari:
Ujian dan Peluang Hubungan China-Jepun
2015-03-15 15:22:21 CRI Cetak

Perdana Menteri Li Keqiang menyifatkan tahun ini yang merupakan ulang tahun ke-70 kemenangan Perang Anti-Fasis Sedunia sebagai amat penting bagi China dan Jepun kerana hubungan kedua-dua negara ini berhadapan dengan ujian dan peluang.

Beliau dalam sidang media di Beijing pagi tadi berkata, selain di China, aktiviti memperingati peristiwa bersejarah itu akan dilancarkan di beberapa banyak negara di dunia, dengan tujuan untuk mengingati tragedi yang menyakitkan hati demi mengelakkan sejarah daripada berulang kembali, sekali gus mempertahankan hasil kemenangan Perang Dunia Kedua dan orde antarabangsa pasca perang serta beberapa undang-undang antarabangsa.

PM itu menganggap, hubungan China-Jepun kini menghadapi kesusahan berikutan sikap Jepun terhadap sejarah. Jika Jepun dapat melihat sejarah dengan tepat, hubungannya dengan China akan mempunyai peluang baharu untuk dibaiki, yang turut meletakkan asas kukuh kepada perkembangan kerjasama ekonomi bilateral.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China