Cari:
Abe Diseru Contohi Jerman, Hadapi Sejarah
2015-03-16 14:34:04 CRI Cetak

Mantan Ketua Pengarah Jabatan Perisikan Antarabangsa, Kementerian Luar Jepun, Magosaki Ukeru baru-baru ini menyatakan, Jepun patut mencontohi sikap dan tindakan Jerman yang menghormati sejarah dan mencari jalan penyelesaian dengan negara jiran.

Magosaki berkata, cadangan Canselor Jerman, Angela Merkel semasa melawat ke Jepun, mengenai sejarah adalah sangat membina. Ahli politik Jepun perlu menghadapi sejarah dengan sikap yang betul.

Beliau menambah, Jepun dan Jerman telah merosakkan negara jiran, pencerobohan perang adalah sama pada hakikatnya. Jepun harus mencontohi Jerman mengakui kesalahan dan membina hubungan persahabatan yang baik dengan negara jiran.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China