Cari:
Michelle Obama akan Melawat Jepun dan Kemboja
2015-03-17 13:25:05 CRI Cetak

Wanita Pertama AS, Michelle Obama akan melawat ke Jepun dan Kemboja pada 18 hingga 22 Mac untuk bekerjasama dengan pelbagai negara dalam membantu lebih banyak kanak-kanak perempuan menerima pendidikan.

Menurut agenda yang diumumkan oleh White House, Michelle akan melawat ke Tokyo pada 18 hingga 19 Mac, Kyoto pada 20 Mac dan Siem Reap pada 21 hingga 22 Mac.

Dalam lawatan beliau ke Kemboja, Michelle akan bersama-sama dengan Wanita Pertama Kemboja, Bun Rany berbual-bual dengan pelajar tempatan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China