Presiden China, Xi Jinping dan pemimpin pelbagai negara akan menghadiri upacara perasmian Forum Asia Boao tahun ini.
Demikian dinyatakan oleh Ketua Setiausaha Forum Asia Boao, Zhou Wenzhong dalam sidang akhbar di Beijing semalam. Forum tersebut akan diadakan pada 26 hingga 29 Mac di Boao, provinsi Hainan China. Tema sidang itu ialah "Masa Depan Asia: Menjejak Komuniti Berkongsi Nasib".
Zhou menerangkan bahawa lebih 80 pemimpin di peringkat Menteri, Ketua Pengarah atau CEO dari 65 perusahaan dalam 500 Hebat di Dunia akan menghadiri forum tahunan itu. Bilangan peserta forum mencatat 1,772 orang, sementara wakil media 1,014 orang.