Cari:
159 Maut Letupan di Yemen
2015-03-21 16:03:18 CRI Cetak

Beberapa serangan bom terhadap masjid dan badan kerajaan Yemen berlaku semalam. Setakat ini, serangan tersebut telah mengakibatkan 159 orang terbunuh, lebih 100 lagi cedera. Menurut saksi, masjid Badr yang terletak di selatan Sanaa diserang letupan tiga kali semalam, manakala masjid Hashahoush yang terletak di utara bandar itu diserang letupan dua kali. Pegawai jabatan keselamatan Yemen mendedahkan, kedua-dua masjid itu dikawal oleh kumpulan militan Huthi dan kebanyakan mangsa korban merupakan penyokong kumpulan itu. Selepas serangan itu berlaku, kumpulan Negara Islam (IS) mengeluarkan kenyataan melalui laman sosial, mengaku bertanggungjawab atas kedua-dua serangan itu.  

Dilaporkan lagi, rumah Presiden Yemen, Abdu Rabbih Mansour Hady di Aden juga mengalami tiga kali serangan udara semalam. Namun tidak menyebabkan kecederaan atau kematian.   Pada hari yang sama, Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon mengeluarkan kenyataan, mencela serangan di Yeman itu. Beliau menggesa pelbagai pihak mematuhi komitmen supaya menyelesaikan perselisihan secara damai, menyertai rundingan yang diselaraskan oleh PBB, serta mencapai persepakatan tentang pelan penyelesaian.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China