Cari:
China Alu-alukan Pelbagai Negara Anggotai AIIB
2015-03-21 15:21:50 CRI Cetak

Naib Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Jepun, Taro Aso semalam menyatakan bahawa sekiranya sistem penyeliaan pembiayaan dapat dijamin, Jepun tidak menolak kemungkinan untuk menganggotai Bank Pelaburan Infrastruktur Asia (AIIB). Sehubungan dengan itu, jurucakap Kementerian Luar China, Hong Lei dalam sidang akhbar semalam menyatakan bahawa penubuhan AIIB berdasarkan prinsip terbuka dan inklusif, China mengalu-alukan mana-mana negara yang berhasrat untuk menganggotainya.

Menurut Hong Lei, Britain, Perancis, Jerman, Itali dan Luxumbourg masing-masing memohon untuk menjadi negara anggota pengasas AIIB baru-baru ini. China melahirkan alu-aluan kepada negara-negara itu. Kini, Republik Korea, Jepun dan Australia pula menyatakan akan mengkaji untuk menganggotai bank itu. Tidak kira mereka membuat apa keputusan, China sentiasa mengekalkan sikap terbuka.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China