Cari:
Rundingan Nuklear Iran Capai "Kemajuan Penting"
2015-03-22 15:43:54 CRI Cetak

Menteri Luar Britain, A.S., Perancis dan Jerman serta wakil kanan Kesatuan Eropah (EU) atas hal-ehwal luar dan keselamatan, mengadakan mesyuarat di London semalam, membincangkan rundingan pusingan baharu isu nuklear Iran.  

Menteri Luar Britain, Philip Hammond, Setiausaha Negara A.S., John Kerry, Menteri Luar Perancis, Laurent Fabius, Menteri Luar Jerman, Frank Walter Steinmeier serta Wakil EU Atas Hal-ehwal Luar dan Keselamatan, Federica Mogherini menghadiri mesyuarat itu.

  Menurut kenyataan bersama mesyuarat itu, rundingan nuklear Iran telah mencapai kemajuan yang penting dalam beberapa aspek, namun masih tidak mencapai kata sepakat dalam beberapa masalah utama. Mereka menggesa Iran membuat keputusan secepat mungkin. Selain itu, Britain, A.S., Perancis, Jerman dan EU akan terus bersatu padu untuk menjamin rundingan itu mencapai kejayaan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China