Cari:
Park Geun-hye Temui Wang Yi
2015-03-22 14:57:05 CRI Cetak

Presiden Republik Korea, Park Geun-hye menemui Menteri Luar China, Wang Yi, Menteri Luar Jepun, Kishida Fumio, dan Menteri Luar Republik Korea, Yun Byung-se, yang menghadiri Pertemuan Menteri Luar China, Jepun dan Republik Korea di Seoul, di Jabatan Presiden semalam.

Park Geun-hye berkata, Republik Korea, China dan Jepun saling bergantung dalam bidang ekonomi. Meningkatkan kerjasama amat perlu dan penting. Tahun ini merupakan ulang tahun ke-70 berakhirnya Perang Dunia II dan pembebasan Semenanjung Korea. Ini membawa makna sejarah yang penting demi ketiga-tiga negara tersebut. Oleh itu, memandangkan sejarah dengan betul dan menghadapi hadapan merupakan perkara yang agak penting. Pepatah Republik Korea berbunyi, bukanlah musim bunga datang kerana bunga mekar, sebaliknya bunga mekar kerana musim bunga datang. Diharapkan dengan peluang pertemuan menteri luar ini, dapat menyambut kedatangan musim bunga kerjasama ketiga-tiga negara ini.

Wang Yi pula berkata, hubungan China dan Republik Korea berkembang pesat dan kerjasama dalam pelbagai bidang mencapai hasil yang besar. Kerjasama antara China, Republik Korea dan Jepun berpotensi besar. Diharapkan ketiga-tiga negara ini memegang prinsip memandang sejarah dengan betul, mencipta masa depan yang cerah, menyelesaikan isu sejarah dengan sempurna, memperbaiki hubungan dua hala dan membina asas yang kukuh demi kerjasama ketiga-tiga negara ini kelak.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China