Cari:
Lebih 35 Negara Sedia Anggotai AIIB
2015-03-23 17:18:44 CRI Cetak

Lebih 35 buah negara bersedia untuk menjadi negara anggota pengasas Bank Pelaburan Infrastruktur Asia (AIIB). Konsep utama AIIB ialah pantas, bersih, mesra alam dan tidak akan bertoleransi terhadap rasuah, serta mendorong perkembangan ekonomi hijau dan karbon rendah.

Demikian dinyatakan oleh Ketua Sekretariat Sementara Pelbagai Hala AIIB, Jin Liqun, dalam sidang tahunan 2015 Forum Peringkat Tinggi Pembangunan China yang dirasmikan semalam.

Jin ketika menyampaikan ucapan berkata, China menganjurkan AIIB dengan tujuan untuk memenuhi permintaan terhadap pelaburan infrastruktur asas dengan sebaik-baik mungkin. China akan memikul lebih banyak tanggungjawab untuk mendorong kerjasama dan pelbagai tindakan di kawasan Asia. AIIB akan menjadi agensi antarabangsa yang terbuka dan inklusif. China mengalu-alukan agensi kewangan dan pelaburan dari Amerika Utara, Eropah dan kawasan lain untuk sama-sama bekerjasama dan menikmati kekayaan daripada pembangunan kawasan Asia.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China