Cari:
Wang Yi: "Satu Jalur Satu Laluan" Disambut 60 Negara
2015-03-24 17:02:33 CRI Cetak
Tindakan kerajaan China yang mendorong penubuhan bersama "Satu Jalur Satu Laluan" telah disambut oleh hampir 60 negara. "Satu Jalur Satu Laluan" merupakan produk China kepada dunia. China mengalu-alukan pelbagai negara, pertubuhan antarabangsa, syarikat transnasional, agensi kewangan dan pertubuhan bukan kerajaan menyertai kerjasama yang konkrit tersebut.

Demikian dinyatakan oleh Menteri Luar China, Wang Yi, ketika menyampaikan ucapan dalam Sidang Tahunan 2015 Forum Peringkat Tinggi Pembangunan China semalam.

Tambah beliau, China bersedia untuk bersama-sama dengan pelbagai pihak membangunkan Bank Pelaburan Infrastruktur Asia (AIIB), menggunakan sebaik-baik mungkin Tabung Laluan Sutera, memainkan peranan sebagai rakan dialog yang mendorong pembangunan kesalinghubungan, merancakkan beberapa koridor ekonomi, mengecilkan perbezaan pembangunan serantau dan mempercepat proses integrasi serantau.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China