Dimaklumkan, sebagai sebahagian sidang tahunan 2015 Forum Asia Boao, mesyuarat meja bulat pemimpin media tersebut bertemakan "mengumpulkan persepakatan laluan sutera dan bersama-sama melukis masa depan melalui kerjasama media yang baharu". Lebih 20 orang pemimpin media dari Malaysia, Rusia, AS, Britain, Republik Korea, Jepun, India, Bangladesh, Jordan, Myanmar, Kemboja dan Pakistan akan bersama-sama membincangkan konsep baharu mengenai komunikasi silang budaya dan menggambarkan masa depan cetak biru untuk pembangunan kerjasama media.