Cari:
China Pelabur Utama AS
2015-03-24 14:13:47 CRI Cetak

Pelaburan langsung yang dibuat China di AS mencecah USD 8 bilion pada tahun 2013. Angka ini mengekalkan kadar peningkatan purata tahunan sebanyak 41.54% sejak 5 tahun yang lalu, iaitu peningkatan paling tinggi berbanding dengan negara yang lain. Statistik tersebut diumumkan oleh Jabatan Perdagangan AS dalam "Sidang Kemuncak Pelaburan Memilih AS" yang diadakan di Washington semalam.

Setiausaha Perdagangan AS, Penny Pritzker, ketika berucap dalam sidang kemuncak itu berkata, AS mengalu-alukan pelaburan asing dan bersedia untuk terus memperbaik suasana pelaburan di negara itu. Dalam pada itu, Presiden Barack Obama juga menyatakan akan bertindak memberikan kemudahaan kepada syarikat asing dalam menempatkan staf mereka untuk bekerja di AS.

  

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China