Cari:
China Alu-alukan Penyertaan Pelbagai Negara dalam AIIB
2015-03-24 14:14:25 CRI Cetak

China mengalu-alukan penyertaan pelbagai negara dalam penubuhan dan pengoperasian Bank Pelaburan Infrastruktur Asia(AIIB). Demikian dinyatakan oleh jurucakap Kementerian Luar China, Hong Lei, semasa memberikan ulasan terhadap AS yang baru-baru ini menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dengan AIIB, walapun negara itu pernah memujuk rakan sekutunya supaya tidak menyertai AIIB sebelum ini.

Hong Lei berkata, terdapat banyak negara kini menyatakan kesediaan untuk menjadi negara anggota pengasas AIIB. Perkara ini menunjukkan matlamat yang disasarkan AIIB mendapat pengiktirafan daripada pelbagai negara, iaitu mendorong pembangunan infrastruktur dan ekonomi di rantau Asia.

Tambah beliau, usaha penubuhan dan pengoperasian bank itu pada masa akan datang akan dijalankan berdasarkan piawaian yang tinggi, di samping mengambil pengalaman yang bermanfaat daripada bank-bank multilateral dunia yang lain. AIIB juga bersedia untuk bekerjasama dengan pelbagai bank multilateral yang lain.

  

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China